KAMPUNG DATO' SHARIFF AHMAD, KUALA KRAU PAHANG

Muafakat Membawa Berkat.

Wednesday, 26 August 2015

Sambutan Hari Raya & Hari Kemerdekaan






Posted by Unknown at 08:31 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Comments (Atom)

LOGO KDSA

LOGO KDSA

Blog Archive

  • ▼  2015 (1)
    • ▼  August (1)
      • Sambutan Hari Raya & Hari Kemerdekaan

Pageviews

Admin

Admin

Pencarian

Sejarah Kampung

Kampung Dato’ Shariff Ahmad, salah sebuah kampung dalam Mukim Jenderak 1, Daerah Temerloh merupakan sebuah kampung tersusun yang terletak di perjalanan dari Bandar Temerloh ke Bandar Jerantut. Dari Bandar Temerloh ke Kampung ini kira-kira 23 Km, sementara dari Bandar Jerantut pula kira-kira 41 km. Pekan terhampir ialah Pekan Kuala Krau, iaitu kira-kira dalam jarak 7 km dan Pekan Kerdau kira-kira 8 km.

Kampung ini telah dibuka pada tahun 1973 sebagai tempat perpindahan banjir bagi penduduk sekitar yang mengalami banjir 1971. Kawasan ini dahulu merupakan hutan tebal di atas sebuah tanah tinggi yang dikenali sebagai Bukit Sedeng dan Bukit Bemban. Kampung Dato’ Shariff Ahmad diberi nama kerana mengambil sempena nama Ahli Parlimen Kawasan itu yang juga merupakan Menteri Pertanian ketika itu. Dari segi persempadanan politik pula ia terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Jenderak dan dalam Parlimen Kuala Krau.

Terdapat 105 buah rumah tersusun dalam kampung ini. Sementara beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Labu, Kampung Sengkela, Kampung Sungai Dalam dan beberapa buah rumah di pesisiran jalan keretapi berhampiran diletakkan juga di bawah pentadbiran JKKK kampung Dato’ Shariff Ahmad agar mereka juga tidak ketinggalan untuk menikmati arus pembangunan negara. Jumlah rumah keseluruhannya yang terletak di bawah Pentadbiran JKKK ialah sebanyak 145 buah. Wakil-wakil dari kampung-kampung kecil ini diletakkan juga dalam JKKK untuk memudahkan serta melicinkan pentadbiran kampung.

Kedudukan yang strategi ini menyebabkan kampung ini amat terdedah kepada arus pembangunan. Warganya pula tidak tertinggal dalam perkembangan semasa, samada dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi.

Kampung ini di tadbir oleh JKKK yang mengandungi 15 orang ahli JKKK yang diketuai oleh Pengerusi JKKK yang merupakan Ketua Kampung tersebut. Inilah badan induk yang mentadbir Kampung ini. Sementara itu ahli JKKK diberi tangunggajawab memimpin biro-biro yang diwudjudkan. Selain itu peranan memajukan kampung ini juga dimainkan oleh Persatuan-Persatuan dan Pertubuhan-Pertubuhan yang wujud dalam kampung ini. Antaranya Pertubuhan Belia, AJK Masjid, Unit Peladang, KOSPEN, UMNO Cawangan dan kumpulan Marhaban dan Berzanji. Badan-badan ini berperanan bersama-sama JKKK memangkin kepada pembangunan dan kesejahteraan kampung ini.

Keceriaan jelas terpancar di kalangan belia dan remaja dalam kampung ini. Ini kerana segala kemudahan riadah lengkap tersedia di dalam kampung ini.

Kesejahteraan yang dinikmati meletakkan kesyukuran kepada Allah menjadi aktiviti warga kampung dengan mengimarahkan masjid. Lima waktu sehari rumah Allah senttiasa dikunjungi. Kuliah-kuliah agama sentuasa di adakan.

Pasukan marhaban berzanji menghidupkan suasana program aqiqah dan perkahwinan. Pasukan ini pertanding di program Marhaban dan berzanji peringkat Negeri Pahang anjuran PASFA.

Hasil dari kekesetabilan dan kemakmuran Negara dan kampung ini telah melahirkan ramai usahawan bumiputera.

Bagi pengusaha ragi Puan Syarifah Faridah binti Syed Abdullah, produk beliau telah pun dilanggani hingga ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Dari segi pendidikan warga kampung ini telah didedahkan kepada suasa pendidikan dari awal lagi. Masih dari umur yang masih muda melalui Tabika KEMAS .

Dalam kampung ini juga merupakan tempat tinggal seorang wira yang pernah berjuang ketika zaman balai Polis diserang Komunis pada tahun 1948.

Kampung ini juga bakal menjadi sebuah kampung homestay. Permohonan telah dibuat keoada Infra. Walaubagaiman pun amalan menjadi homestay telah pun dipraktikkan. Tetamu-tetamu yang sering datang bersilih ganti ialah pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi. Yang terbaru ialah Pelajar dari Universiti Malaysia Pahang yang telah menginap selama 3 hari 2 malam di kampung ini. Tidak puas dalam program kursus mereka datang lagi sempena sambutan hari raya adil fitri yang diadakan di kampung ini baru2 ini.

Penubuhan KOSPEN memastikan kampung ini sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dengan memahami berkaitan dengan penyakit saamsa penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Amalan cara hidup sihat telah direalisasikan.

Lirik Lagu KDSA

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Kampung Ku Dato' Shariff Ahmad
Allah Memberi Rahmat
Hidup Dalam Masyarakat
Kerjasama Erat

Rumah Mu Tersusun Indah
Kerja Menjadi Mudah
Ramai Pelancong Singgah
Kampung Jadi Meriah

Kemudahan Yang Diberi
Kami Menghargai
Nikamt Yang Dimiliki
Kami Mensyukuri - 2 Kali

Teruskanlah Hidup Sepakat
Selamat Dunia Akhirat
Muafakat Membawa Berkat
Kekalkanlah Nikmat

Kemudahan Yang Diberi
Kami Menghargai
Nikamt Yang Dimiliki
Kami Mensyukuri - 2 Kali

Kampung Ku Dato' Shariff Ahmad
Allah Memberi Rahmat
Kampung Ku Dato' Shariff Ahmad
Allah Memberi Berkat

Awesome Inc. theme. Theme images by wingmar. Powered by Blogger.